..

Blinking Onion Kun

Saturday 4 August 2012

CONSTRUCTION MATERIAL & APPLICATION

1.0 PENGENALAN

Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan.Kayu tersebut adalah daripada jenis yang pelbagai.Terdapat banyak kegunaan katu antaranya ialah :

  • Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang,lantai,dinding,rasuk,jambatan,landasan keretapi,cerucuk dan sebagainya.
  • Sebagai bahan perabot.
  • Untuk pembungkusan - secara ringan atau berat.
  • Untuk membuat alatan dan pemegang.
  • Sebagai bahan larikan (turnery ) dan patung permainan.
  • Dijadikan papan lapis dan papan gantian.
Selain dari itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu,arang,turpentine dan lain-lain lagi.Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal didunia.


1.1 KAYU TEMPATAN

Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain.Jenis kayu yang biasa digunakan ialah :
  • Kayu lembut seperti damar minyak.
  • Kumpulan kayu keras yang berat seperti  cengal,balau,merbau.tembusu dan resak.
  • Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur,kempas,keruing dan tualang.
  • Kumpulan kayu keras yang ringan seperti jelutung,meranti,nyatuh,ramin dan kayu getah.
1.2 JENIS-JENIS KEMASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA

  • WAX - merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata,dan berkilat.
  • SYELEK - merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs.Resin syelek larut didalam alkohol dan digunakan untuk mngilat kayu.
  • LEKAR - terdiri daripada jenis-jenis resin ( nitro-cellulose ) ia merupakan kemasan lut sinar yang cepat kering.Lekar ini dilarut dalam thinner boleh disapu ataupun disembur.
  • CAT - cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu,besi,lepa,konkrit,batu-bata dan lain-lain lagi.
1.3 JENIS-JENIS BAHAN PELARUT DAN KEGUNAANNYA

  • TURPENTIN - untuk melarutkan cat dan kerja-kerja pembersihan.
  • SPIRIT - sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek.
  • TINNER - untuk melarutkan cat yang lebih pekat kepada lebih cair.
  • KEROSIN - untuk melarutkan lekar.
1.4 KERJA KAYU DAN KERJA TANGGAM

  • TANGGAM MELEBAR - untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,dinding,lantai dan sebagainya.
  • TANGGAM SIKU -  diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat.Ia boleh digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat.
  • TANGGAM PEMIDANG - digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang.Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi.Contohnya ialah pada pintu berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi dan lain-lain lagi.
  • TANGGAM MEMANJANG - digunakan apabila menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang.Kerja ini biasa dilakukan dalam pembinaan bangunan.